Bakal Pengantin Dirogol....

Bakal pengantin dirogol kenalan
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim



AMPANG: Penantian seorang wanita untuk menempuh alam perkahwinan tidak lama lagi berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa rogol kenalannya sendiri di rumah sewa lelaki itu di Pandan Terrace, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa dikatakan sedang menunggu teksi di hadapan rumahnya untuk ke tempat kerja sebelum disapa lelaki berusia 30-an itu yang menawarkan untuk menghantarnya ke tempat kerja.

Menurut sumber, pada mulanya mangsa berusia 20-an, menolak pelawaan pemuda berkenaan sebelum lelaki itu memujuknya dengan bersungguh-sungguh sehingga sanggup untuk turun dari keretanya.

“Mangsa yang termakan pujukan itu mengalah dan menerima pelawaan lelaki berkenaan. Ketika dalam perjalanan, suspek berpura-pura kononnya dia tertinggal beberapa dokumen penting sebelum meminta kebenaran mangsa untuk berpatah balik ke rumahnya,” katanya.

Mangsa yang mula meragui tindakan lelaki itu meminta suspek menghantarnya terlebih dulu ke tempat kerja.

Sumber berkata, suspek enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku pertengkaran kecil antara mereka.

“Mangsa ditampar beberapa kali sehingga pengsan oleh pemuda terbabit sebelum dia dibawa pulang ke rumah lelaki itu,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah lelaki itu, mangsa yang sedar daripada pengsan cuba melarikan diri, tetapi gagal, sebaliknya dia dirogol lelaki itu berulang kali.

“Disebabkan susuk tubuh lelaki itu yang besar, mangsa tidak mampu melawan dan hanya mampu menjerit meminta pertolongan namun tiada siapa mendengar jeritannya,” katanya.

Katanya, sebaik selesai melempiaskan nafsunya itu, pemuda berkenaan menghantar wanita berkenaan ke tempat kerjanya dan mengugut akan mencederakannya jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

“Bagaimanapun, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum mereka berdua membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

“Sumber berkata, mangsa kini trauma dan sedih berikutan peristiwa yang menimpa dirinya kerana dia bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090407092135/Article/index_html

-----------------------------------------------------------------------------------

Today's morning,i read this article on harian metro online..and...what can i say.. Cis...sial mcm hewan la org yg buat kerja bodoh camni...sanggup org buat sesama manusia mcm ni....x bertamadun langsung! Bagus tembak saja org ni..

Comments

  1. org cam tu memang patut disula atau potong ja anu dia

    ReplyDelete
  2. sial punya jantan o kan..bgus potong la ANUnya tu bikin sate...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Huahhaha..btol2.....p potong ANU Dia la..hihi....bikin sate bilang si toyong

    ReplyDelete
  4. sengal betul jantan camtu..
    kasi bom je ngan c4.
    stuju ngan toyong.. cadangkan kat kementerian utk wat undang2 baru.. hukuman utk perogol ialah potong anunya..baru mereka takut nak wat.. hahaha

    ReplyDelete
  5. iFfa...kalo pun kita suggest kat kementerian, kenakan undang2 potong anu kepada si perogol,blm pasti mrka ni takut nak buat..hahaha..stakat potong anu..x mati lagi tuh...hahaha...

    ReplyDelete
  6. hehe ye la tak mati lagi, tp dorang dah takleh nak ber "teettttt" sbb dah xde menda tu.. huahahaha

    ReplyDelete
  7. hahahaaha.....nakalnya tuanku....ahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment